Pages

Thursday 10 March 2011

Bagaimana Menjadi Muslim Superior? Imitasi?

Hakcipta terpelihara. Dipetik daripada buku  "Menjadi Muslim Superior"

     Nabi Muhammad diturunkan untuk manusia. Untuk apa? Sudah tentu sebagai teladan untuk ditiru. Kenapa? Kerana inilah teknik terbaik untuk menjadi hebat. Proses meniru ini lebih dikenali sebagai proses imitasi. Duane Alexander, Pengarah Eunice Kennedy Shriver National Institute of Child Health and Human Development melaporkan, “Penyelidik mendapati manusia lebih memilih perilaku orang lain dengan cara meniru secara halus gerak geri dan pengaruh-pengaruh lain.”
Berhubung perkara ini, Rene Girard, seorang pakar falsafah sosial Perancis berkata, “Jika manusia tiba-tiba berhenti meniru, segala bentuk budaya akan lenyap. Ahli saraf sering mengingatkan kita bahawa otak manusia adalah mesin meniru sangat besar...”
Selain itu, Profesor Susan Hurley dan Profesor Chater Nick melaporkan, “Perbuatan imitasi sering dianggap sebagai tahap-rendah, kognitif ringan, bahkan bersifat perilaku keanak-anakkan, tetapi hasil penyelidikan terbaru dari pelbagai bidang sains mendapati bahawa imitasi adalah kemampuan luar biasa yang menjadi asas dalam menghubungkan manusia kepada ciri-ciri kepintaran mereka, khususnya dari aspek bahasa, budaya, dan kemampuan untuk memahami fikiran lain. Tubuh yang berkembang (melalui imitasi) mempunyai implikasi yang penting bagi pemahaman kita tentang diri kita sendiri, baik secara individu dan sosial. Imitasi bukan sekadar faktor penting dalam pembangunan manusia, ia juga mempunyai pengaruh yang hadir sepanjang masa di peringkat dewasa dengan cara yang kita baru mula memahami...”
Perilaku Nabi Muhammad telah ditiru (diimitasi) oleh para sahabat dan umat terdahulu, akhirnya mereka menjadi umat yang hebat. Justeru, untuk menjadi hebat, mari kita imitasi rahsia kecemerlangan umat terdahulu.